Tuesday, 11 December 2018

Ulu bendul bersama Squad


Assalamualikum Semua.

Pada hujung minggu, rakan saya dari skuad palapes telah mengajak saya pergi mandi manda di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Pada pagi sabtu, mereka telah menjemput saya dihadapan perhentian bas Kolej Aminuddin Baki. Pada awalnya macam tak percaya yang diorang nak mandi manda di Ulu Bendul kerana kawasan mandi tu terletak di Pilah, Negeri Sembilan. Jauh la juga perjalanan dia. So, lepas ambil saya, kitorang pergi jemput lagi seorang rakan sepejuang, iaitu ketua fitik hahaha. Punya lama kitorang tunggu sampai tak sedar yang phone dia tengah cas. Owner eh puas tunggu kita kat depan bangunan kolej dia. 

Kemudian, siap semua dah berkumpul kat kereta lalu kami pun meneruskan perjalanan dari UKM ke Negeri Sembilan. Masa tu klau ikutkan lama, tapi kitorang enjoy sembang sana sini sehingga merasakan masa tu berlalu dengan pantas. Sampai sahaja di sana, Cik kami dah tunggu lama, Ouh shit.. hahahaha silap kitorang juga sebab bertolak lambat dari UKM. Dalam masa yang sama juga kitorang pergi dengan mengikut jalan yang jauh. So, sampai sahaja di Ulu bendul, Kami mula menghidupkan api arang dan teruskan membakar ayam. Cik datang bersama keluarganya dan mereka datang dari PD. Suasana amatlah segar di waktu pagi. Tapi kitorang lewat sikit dah ramai orang kat sana. 

Tanpa melenggahkan masa, saya dan 2 rakan saya bercadang untuk mandi di kawasan atas. Sebelum ni saya pernah pergi ke kawasan atas. kawasan mandi disana agak dalam paras dada masa tu. Sampai sahaja di atas, kawasan yang aku sangkakan dalam sudah tiada lagi. Kedalamannya paras buku lali sahaja. Hal ini kerana pasir dari tepi sungai telah turun dan memenuhi kawasan itu. Takpa, kami terus turun mengikut sungai sehinggalah di tempat kami berkelah tadi. Sampai-sampai sahaja kami diperlawa makan. Perut masa tu pun dah lapar sebab sebelum pergi memang kitorang belum sarapan lagi. 

Akhir sekali semua seronok mandi manda sehinggalah awan gelap kami tak sedar. Dah hujan dan siren berbunyi memberi amaran untuk naik ke darat. Kami terus bekumpul di kereta, tetapi masih ada lagi makanan yang banyak. Lalu kami menghabiskan makanan di tepi tasik. Pada masa tu hujan dah tak lebat sangat. Kebetulan, Nampak Labi kat dalam tasik tu. Wuu kecil sahaja. Rasa macam nak ambil. Selesai sahaja makan, kami pun terus perjalan pulang ke UKM. perasaan sedih macam tak dapat jumpa lagi pon ada hahahaha.


No comments:

Post a Comment

Kerja UITM Rembau