Asslamualaikum guys, rasanya macam banyak perkara pula yang aku post bulan ni hahaha. Baiklah kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku kerja di UITM Rembau. First off all aku nak bgtau, Uitm ni yang terbaru, bangunan , kemudahan dia semuanya baharu. Pelajar kat sini pun semua baru masuk. kebetulan adalah yang lawa dan hensem sikit hahahaha. Aku kerja di Medan Selera dan dibahagian minuman.
Pada mulanya kerja di sini , memang dia memerlukan 2 orang yang mahir dalam membuat air. kami bertiga (yang lelaki sahaja) memang dah lama tak buat air sendiri pun diajar cara yang betul membacuh air. Perempuan tu pula kawan sekolah menengah kami dan mereka juga adalah pekerja yang lebih lama di sini. Tak adalah lama sangat, cuma masuk awal daripada kitorang je. Aku ? sebagai cashier iaitu juruwang di kedai itu. Kenapa aku dipilih jadi cashier ? sebab aku pelajar akauntan dan mereka menganggap aku mahir dalam pengiraan akauntan. Sebenarnya takk hahaha.
Ada satu malam tu kitorang habis lewat sikit, hampir pukul 12 kitorang habiskan kerja. So, balik macam biasa. Yang tak biasanya tetiba jalan yang biasa kitorang gunakan tu berkabus. Nak kata sejuk, tak juga. Kabus dia lain macam sebab ianya berlaku hanya setempat sahaja. Maksudnya laluan tu je berkabus. Kitorang teruskan perjalan dengan hati yang penuh keinsafan ahahah. Rasa sangat perlahan kat dalam tu, sebab tebal kabus tu x boleh bawa bincang. Kitorang terpaksa perlahan.
Dah sampai hujung, Alhmdulillah kitorang terkeluar juga dari kawasan situ.
Klau ikutkan, banyak juga kisah seram yang kitorang lalui. Tapi takpalah, yang penting kita cari rezeki yang halal.
No comments:
Post a Comment