Sunday, 9 December 2018

Fester KAB


Fester adalah hari yang ditunggu tunggu oleh setiap pelajar untuk menyaksikan setiap kolej membuat lakonan yang dihasilkan oleh mereka sendiri. Lakonan yang mereka buat ni adalah cerita yang mereka mereka sendiri. Bukan senang buat cerita ni wey. Buat karangan pon tersekat idea hahaha. Harga ticket untuk satu persembahan dari satu kolej adalah RM5 dan jika lihat kesemuanya adalah RM50 ringgit. Aku beli satu ticket sahaja , tu pun sebab support kolej sendiri. Dengar khabar, ramai yang mengatakan kolej aminnuddin ramai mendapat sambutan tiket berbanding kolej lain.

Tibanya hari kejadian, aku mula bertolak dari kolej tepat pukul 8 kerana persembahan itu bermula 8 malam. Jarak perjalan kami tak la jauh sangat dari KAB sampai Panggung seni. Sebelum tu aku singgah Bmart, beli popcorn ke apa yang patut untuk bawa masuk sana nanti. Sampai sahaja disana , ramai juga yang beratur dari luar. Punyalah lama kitorang tunggu sampai la sampai ke barisan hadapan.

Masuk-masuk je semua dah gelap. Rupanya kitorang dah lewat 15 minit. Datang terus layan persembahan dorang. Sambil tu layan ngn popcorn, serius manis haih hahaha. Masa tengk tu ada juga macam kesilapan diorang dari segi teknikal dimana lampu tak jaga dengan betul. Tapi at the end, menarik jugaa. Sampai aku makan popcorn dengan perlahan lahan. Dah habis tu, seronok gak tengok dorang enjoy senyum sana sini.

No comments:

Post a Comment

Kerja UITM Rembau