Lepas tamat pengajian di matrikulasi , aku teruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Okay, kehidupan kat sini xdelah pack sangat macam matrik dulu. Dulu dapat keluar hujung minggu je, itu pun ade limit dia. sekarang masuk U dah tak, sini dah bebas sikit. Dulu, masa sebelum masuk U , ade la juga bincang nk buat reunion dengan dorang semua ni. Tapi rezeki masing2 jauh, U yang dorang dapat jauh2. ade yang dpt dekat tapi sibuk pula. Takpolah, mana yang dapat tu dapatlah 😅.
Tengah sedap-sedap lepak kat bilik, tetibe sorang member dari matrik ni whatsapp aku ajak pergi kenduri abang dia katanya. Kebetulan tarikh yang dia bagi tu aku free. So, ajak la mana yang free masa tuu. Location dia dekat ngn stadium paroi , apa nama dia pun aku dah lupa hahahaha.
last2 yang dapat pergi 4 orang sahaja termasuk aku.
Kitorang gerak naik kereta sewa woo. Nampak betul semangat dia nk reunion tuu. Yang nak sangat ni budak perempuan senanya, katanya dah lama tak dengar kelakar kitorang . Ecehh. Sampai je, gelak2 sikit pastu makan. Benda yang aku pandang pertama sekali masa kenduri orang adalah makanan dorang, hahaha. Best makanan dorang, standard je makanan dia cuma ade pelbagai. Settle makan, semua gelak nguntuk semua adaa laa hahahaha. Pastu tangkap gambar ramai2. Kenapa aku berdua ? awek ke ? hahaha bukan. Susah klau kau jadi aku, jodoh masa habis U nnt baru datang hahaha.
Tu member perempuan yang nampak sungguh2 nak belajar dari aku masa matrik dulu. Aku rajin tolong dia pun sebab aku teringat member sekolah menengah dulu, dulu aku xdpt tolong member aku sampai dia x dpt join kelas sama ngan aku. masa tu pun last minit dia mintak ajar dari aku. Nampak juga semangat nak belajar dia tu ikhlas..
Lepas habis semua , kitorang pun balik cam biasa. Maaflah Ending Reunion tak seperti korang jangkakan hahahah. Member muka ketat tu sebab balik memang dia tanak drive. Aku ? xdee lesenn hahahaha.
No comments:
Post a Comment