Saturday, 15 December 2018

Cara Menjadi Pekerja Berkualiti

CARA MENJADI PEKERJA BERKUALITI


Kenapa saya bagi tips menjadi pekerja terbaik ? Zaman sekarang belajar tinggi-tinggi pun masih tiada pekerjaan. Hal ini kerana kebanyakkan pekerjaan akan lihat pengalaman seseorang itu dalam alam pekerjaan. Kadang-kadang yang kerja ni pun senang sangat kena pecat. Disiplin masa bekerja pun kena jaga juga. Senang kata alam pekerjaan ni bukanlah mudah. Banyak halangan yang kita akan hadapi. Baiklah, saya nak kongsi sedikit agar anda dapat kekal dalam alam pekerjaan. 


1. Bantu Ketua Anda.

Kedengaran seperti mudah bukan ? tetapi perkara inilah pekerja lain malas nak buat. Pekerja haruslah peka terhadap kekuatan dan kelemahan dalam syarikat atau kedai. Contohnya, ketua kita mengalami kelemahan pada bidang komputer dan ia memerlukan sesorang yang mahir. Maka, anda perlulah tingkatkan kemahiran dalam bidang yang diperlukan. Bukan sahaja untuk ketua anda, malah pada diri sendiri juga. Ketua akan  lebih minat pada pekerjanya yang mempunyai kebolehan dalam semua perkara. Hal ini membolehkan nama anda naik dengan baik dan dapat menjadi contoh kepada pekerja lain.

2. Tepati Masa

Tepati masa adalah cara yang terbaik dimana orang akan pandang kita dengan hebat. Mudah sahaja datang awal kerja. Walaupun gaji dikira sama pada jam yang ditetapkan, Anda perlu paksa diri untuk datang awal juga kerana ia adalah salah satu cara mendisplinkan diri. Biasakan datang awal agar kita rasa bersalah jika lewat datang.

3. Menghormati Pekerja lain

Biasalah dalam alam pekerjaan mesti ada pekerja yang kita kurang suka dan kemungkinan besar pekerja lain tak  minat dengan kita. Sebelum nak buat orang hormat kita, kita perlulah hormat mereka. Ramai juga bagi alasan pekerja ramai tak hormat dia walaupun dia selalu hormat orang. Biasalah tu , tapi selalunya pekerja camtu takkan lama hahaha. hormat je mereka, ikut mana yang baik, tegur dengan baik jika ada cara yang kurang betul. Hormati orang lain adalah satu cara dapat meringankan beban kita di alam pekerjaan.

No comments:

Post a Comment

Kerja UITM Rembau