Saturday, 1 December 2018

Asean Art ukm


Assalamulaikum Guys, harini nak cerita pengalaman aku pergi ke konsert Asean Art sedikit. Dalam masa yang sama, ini adalah kali pertama aku masuk ke Panggung Dectar. Luas dan lawa tempat dia, serius luar biasa rasa dia. Ticket ni pun aku dapat last minit sebab ade orang dapat extra dan katanya dapat lebih sebab semua ahli peserta memang akan dapat free ticket. Harga yang merima tawarkan kat aku sama juga harga di pasaran iaitu RM 5 sahaja. Rasa seronok pun ada sebab sebelum ni tak pernah masuk dalam dewan tu. Dan di sana juga tempat kami grad dan convo.


Sampai sahaja di sana, kitorang pilih tempat yang paling tinggi sebab pemandangan dari atas lebih menarik. Lighting dia serius memang lawa. Selalunya benda-benda camni tengok dalam tv je. Tapi kali ni kitorang tengok live. btw mata kamera ngn mata kita jauh beza sikit. Muka dorang semua nampak dari atas, jelas sangat. Mula je persembahan , semua wakil dari negara diorang buat persembahan. Persembahan bukan biasa biasa beb. Terpegun la dibuatnya. Sejujurnya aku memang suka tengok orang menari tapi diri sendiri tanak menari hahahaha.


Paling menarik adalah persembahan dari Korea di mana semua perempuan jerit sampain aku tak faham apa motif dorang hahaha. Korea ni dorang menari lain sikit sebab dorang tak buat mcm tradisonal. Diorang menari sama dengan kumpulan Kpop yang korang tengok kat Kaca tv selalu. Dan terakhir sekali, Persembahan dari Malaysia dan tarian yang dibawa adalah dari negeri Sarawak. Menarik weyyy.



No comments:

Post a Comment

Kerja UITM Rembau