Friday, 16 November 2018

Kem Induksi Padu


Hujung bulan 6 , Kolej kitorang ade buat program kepimpinan di mana ia melibatkan tahun pertama sahaja. Sebelum masuk tu sebenarnya rasa macam malas nak pergi sebab masa tu juga baru lepas turun training kat palapes. Tapi disebabkan ramai geng2 aku yang turut menyertai, aku pun join la skali. tapi klau nak join tu kne bgtau Biro masing2. Pelik juga biro kitorang, senyap jee. Macam xde bising pasal program kepimpinan tu. rupa-rupanya dia mesej orang tertentu je bagi siapa yang minat.Alhamdulillah , dapat juga join skali.



Aktiviti kat sana macam mana ?
 Sejujurnya mula2 rasa kuyak sikit sebab banyak sangat denda kitorang kena. buat tu , buat ni , semua tak kena hahahaha. Tapi last2 sekali baru kitorang sedar apa kesilapan kitorang semua. Dari situ juga kitorang belajar mencari masalah dan betulkan semula. 😊

Aktiviti yang dorang sediakan lebih kepada memasuki dalam hutan. Memang menarik kerana sepanjang hidup tak pernah lagi masuk dalam hutan waktu malam. Mula-mula tu takut la juga. tapi entah macam mana seronok pulaa hahahaha. tapi masuk je hutan mesti kne ingat semua perkara. jangan seronok sangat sebab ni bukan tempat kita.

Perkara yang paling menarik apabila mereka melepaskan kitorang ke dalam hutan secara bersendirian. Dalam waktu yang sama kita akan junpa tumbuhan glow in the dark iaitu tumbuhan yang akan bercahaya dalam gelap. Mula2 memang susah nak jumpa. Tapi mata lelama dah biasa dengan gelap baru la senang jumpaa.

Akhirnya, tiba hari terakhir kitorang buat aktiviti dimana semua orang menjalankan pelbagai aktiviti di dalam hutan untuk mendapatkan mata yg membolehkan kita tukarkan kepada duit untuk membeli bahan masakan malam nnt. Hari yang terakhir membuatkan kitorang lebih rapat lagi.

No comments:

Post a Comment

Kerja UITM Rembau