Saturday, 24 November 2018
Rindu URESS
Apa itu URESS ? URESS ialah Undang Rembau English Secondary School di mana dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau. Semasa aku sekolah di sini , aku mengambil jurusan perakaunan bermula dari tingkatan 4. Sekolah ni biasa je sebenarnya, tapi yang menariknya guru-guru disini. Bangunan dia kebanyakkan bangunan lama dan bagi yang kali pertama masuk memang rasa besar gila.
Bermulanya aku sekolah di sini semasa tingkatan satu, rasa macam tak biasa pun ada. Sebab kawan rapat kat sekolah rendah kebanyakkan dah pergi ke sekolah yang mereka mohon. Aku je sesat kat sini, Haihh. Mungkin masa tu aku memang kuat bermain sehingga lupakan pelajaran. Dah lama2 belajar kat sini sampailah tingkatan 3 baru tersedar bahawa ramai juga rakan dari sekolah rendah. Baiklah, dari sini juga aku belajar cara berkawan. Aku tak memilih kawan, aku kawan dari setiap kelas. Kelas depan sehinggalah kelas hujung. Biasalah kelas hujung mesti nakal2 gila punya juga. Tapi aku kawan dorang pun sebab aku nak kenal perangai dorang semua camna. Bagi yang perangai buruk tu kau janganlah ikut. Kau dah besar, mesti pandai bezakan.
Aku mula perasan, semangat kawan kelas bawah-bawah ni tinggi betul. Pergi mana2 pun masih tetap bersama. So, dari situ aku belajar cara mereka mula cari kawan dan sentiasa berhubung. Macam kelas hanya sedikit sahaja yang sombong sikit. Mereka klau pandai , ada yang okay ada yang tak. Tapi Alhamdulillah setakat semuanya okay. Aku mula memegang jawatan sebagai PRS iaitu Pembimbing Rakan Sebaya. Aku ditawarkan oleh cikgu kaunseling. PRS ni kebanyakkn dia lembut-lembut jaa. Bukan pondan😂 dorang lebih sopan santun sikit. Aku je lain. Ada perangai nakal sikit hahaha, tapi perangai tu aku tak tunjuk kat orang lain. Cuma kawan-kawan kat aku ja. Memang seronok rasa dia masa tu.
Sambung sahaja tingkatan 4, kelas kitorang mula dibubarkan. Dari situ juga aku sekelas ngn budak pandai pun ada. Moment paling menarik adalah bounding kitorang kaw kaw. Seronok gila.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Pastinya ramai yang akan tertanya-tanya maksud bagi istilah "fitik" apabila terdengar perkataan ini. Baiklah disini saya akan...
-
Berakhirlah Latihan Berterusan yang berlangsung selama seminggu di Bukit Jugra , Selangor. Hari malam Akrab dimana semua peringkat per...
-
Asslamualaikum guys, rasanya macam banyak perkara pula yang aku post bulan ni hahaha. Baiklah kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku ...
No comments:
Post a Comment