Thursday, 29 November 2018

Hari Keusahawan KAB


Hari Keusahawanan yang dianjurkan oleh Kolej Aminuddin Baki dimana setiap Biro akan membuka perniagaan sendiri di Taman Siswa Siswi. Terlebih dahulu , saya dari Biro Akademik yang diketuai oleh abang MEPS kita , Fizi. Biro ini lebih menumpukan kepada mahasiswa yang pandai bertutur di hadapan. Sejujurnya saya kurang dalam komunikasi , lagi-lagi dalam bahasa inggeris. Alhamdulillah, Biro ini lebih minat dalam acara debat, bahas, berpantun dan lain - lain.

  Pada Hari Keusahawanan dijalankan, biro saya menjual Char kuey Tiaw dan Cendawan Goreng. Dalam masa yang sama juga, kami mendapat persaing yang sangat tinggi dimana satu khemah besar terdiri daripada 4 gerai dan 3 daripada gerai itu menjual Char Kuey Tiaw juga. Alhamdulillah dengan jualan Cendawan goreng, kitorang dapat menguasai syer pasaran.

  Meriah juga suasana pada malam itu, bukan kolej KAB sahaja. Malah , kolej lain turut datang membeli belah di gerai-gerai kami. Hari Keusahawanan ini berlangsung selama 3 hari sahaja, dan saya dapat turun membantu pada hari yang terakhir sahaja. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan jualan kami habis dijual.

No comments:

Post a Comment

Kerja UITM Rembau