Tuesday, 13 November 2018

Sekolah Rendah SK Undang Rembau


Assalamulaikum Semua , Kebanyakkan dalam gambar ini adalah rakan sekolah rendahku iaitu Sekolah Kebangsaan Undang Rembau. Sejujurnya hanya beberapa orang sahaja yang aku kenal masa sekolah rendah. Masa tu aku kuat sangat bermain sehingga pergi ke sekolah semata mata hendak bermain sahaja. Biasalatu lelaki an, tak sah kalau tak nakal. Nak cerita sedikit tentang pengalaman masa sekolah rendah dulu.

Mulanya zaman persekolah aku , Pakaian aku memang simple. Setiap pagi pakai sluar, baju, pastu tuckin. masa tu memang tak terasa yang diri tu paling sakai. Pakaian simple gila kot. Dengan takde tali pinggang, tali leher tak pernah kenal dan rambut pada masa tu memang sikat pakai tangan sahaja hahaha. Tapi zaman tu memang tak sedar pasal kekemasan pakaian ni pun. Patutlah takda sesiapa minat kat aku hahaha. Zaman tu memang aku nakal. Tapi nakal aku ni bukan jahat sangat, nakal dia ni kuat sangat main smpai dapat je kluar rehat mesti guna waktu sepenuhnya.

Zaman sekolah rendah tu memang ramai kawan , tak macam sekarang. Yang lama tu masih ada, cuma mereka berjauhan sekarang. Masing-masing dapat sambung belajar jauh-jauh. Tapi Alhamdulillah, kami masih bertegur walaupun dalam jarak yang berjauhan. Carilah kawan seramai yang mungkin sebab susah senang kita boleh tolong sama-sama.

No comments:

Post a Comment

Kerja UITM Rembau