Assalamualaikum semua, sebelum kami semua menduduki peperiksaan terakhir dan berpisah, kami bercadang untuk buat aktiviti dimana setiap seorang perlu membeli hadiah dan berikan kepada seseorang itu dengan mengikut cabutan nama. Hadiah mengikut kemampuan sendir, bergantunglah korang nak beli apa. Asalkan bukan makanan, benda yang boleh kita simpan sebagai kenangan. Hadiah yang kita miliki tu adalah hadiah yang mewakili kelas A4P4, bukannya dari seseorang itu.
Banyak peristiwa pahit manis yang kami lalui selama ni KMNS iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Biasalah gelagat kelas, ada yang kurang suka dan ada yang suka. Sejujurnya kami sudah perasan kelas kami ada kelompok. Bermaksud, mereka berkawan mengikut kelompok mereka, ada geng-geng dorang. Tapi Alhamdulillah, pada hari terakhir kami telah nampak warna yang cantik dari setiap pelajar. Kami mula rasa seronok apabila berkumpul dan buat aktiviti bersama.
Banyak pengalaman nakal aku semasa di matrik juga. Tapi tak senakal masa sekolah rendah. Semua perkara di matrik takkann kami lupakan. Banyak perkara yang kami telah belajar sama ada baik mahupun yang buruk. Harini jugalah seronok tengok muka mereka dengan membawa hadiah yang mereka miliki.
No comments:
Post a Comment