Sunday, 16 December 2018

Kerja UITM Rembau


Asslamualaikum guys, rasanya macam banyak perkara pula yang aku post bulan ni hahaha. Baiklah kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku kerja di UITM Rembau. First off all aku nak bgtau, Uitm ni yang terbaru, bangunan , kemudahan dia semuanya baharu. Pelajar kat sini pun semua baru masuk. kebetulan adalah yang lawa dan hensem sikit hahahaha. Aku kerja di Medan Selera dan dibahagian minuman.

Pada mulanya kerja di sini , memang dia memerlukan 2 orang yang mahir dalam membuat air. kami bertiga (yang lelaki sahaja) memang dah lama tak buat air sendiri pun diajar cara yang betul membacuh air. Perempuan tu pula kawan sekolah menengah kami dan mereka juga adalah pekerja yang lebih lama di sini. Tak adalah lama sangat, cuma masuk awal daripada kitorang je. Aku ? sebagai cashier iaitu juruwang di kedai itu. Kenapa aku dipilih jadi cashier ? sebab aku pelajar akauntan dan mereka menganggap aku mahir dalam pengiraan akauntan. Sebenarnya takk hahaha. 


 Tapi dah lama kemudian aku pun diajar cara membancuh air dengan sempurna. Rasa menarik juga apabila ada kemahiran dalam membuat air. Waktu kerja aku 8 jam, Ada shiff pagi dan malam. Pergi ulang alik selalunya berdua. Sepatutnya bertiga, tapi sorang tu rumah dia dekat je kat uitm tu. Seronok juga setiap malam habis kerja pukul 11, tapi sampai rumah dalam pukul 12-1 pagi. Seram ? klau kau gerak sorang2 lah. Nasib tak tersempak apa2. Cumaa..

Ada satu malam tu kitorang habis lewat sikit, hampir pukul 12 kitorang habiskan kerja. So, balik macam biasa. Yang tak biasanya tetiba jalan yang biasa kitorang gunakan tu berkabus. Nak kata sejuk, tak juga. Kabus dia lain macam sebab ianya berlaku hanya setempat sahaja. Maksudnya laluan tu je berkabus. Kitorang teruskan perjalan dengan hati yang penuh keinsafan ahahah. Rasa sangat perlahan kat dalam tu, sebab tebal kabus tu x boleh bawa bincang. Kitorang terpaksa perlahan.
Dah sampai hujung, Alhmdulillah kitorang terkeluar juga dari kawasan situ.

Klau ikutkan, banyak juga kisah seram yang kitorang lalui. Tapi takpalah, yang penting kita cari rezeki yang halal.

Saturday, 15 December 2018

Best Game Since secondary school


DUST 514 


Permainan Video ini hanya dikeluarkan di Plasytation 3 dan boleh didapati di Playstion Store. Perkara yang menarik adalah permainan ini adalah First Person Shooter (FPS) dan boleh muat turun secara percuma. Permainan ini juga adalah pada atas talian dimana kita bermain bersama rakan-rakan secara langsung. Maksud DUST514 ? aku sendiri pon tak tahu hahaha. Tapi 514 sesetengah orang mengatakan ia adalah tarikh permainan ini adalah di keluarkan iaitu pada 14 Mei. Tapi saat yang menyedihkan adalah Permainan ini telah tutup buat selamanya. Sedih la juga rasa dia. Kenapa aku sedih ? ini sebab dia..




Dust514 adalah permainan video yang aku setia main bermula aku sekolah menengah tingkatan 2 sehinggalah tingkatan 5. Sebab masa tu game ni mula tutup. Bukan biasa2 game ni. Dia boleh menyebabkan kau ketagih dan tak kira waktu kau. Perkara menarik adalah kita sendiri yang mencipta sendiri orang dan kenderaannya. Permainan ini pada awalnya susah nak memahami kerana banyak perkara yang perlu faham. serius , ketagih dia tu tak pernah bosan sehingga aku sanggup hadap ni bertahun. Slalunya game download pastu main sekejap then unistall semula. Permainan ni juga cara aku bertutur dengan  orang luar. Mula2 memang tak fasih, Tapi dah lama-lama biasa juga. Klau tak keberatan lihatlah vdeo ni. Tapi tulah , tengok je la. Nak download dah tak dapat hahaha. https://www.youtube.com/watch?v=n_LlH2c5dyA


Karipap Panas ~


Setiap Hari Sekolah mesti dengar KARIPAP PANAS KARIPAP PANAAAASSSS


Gerai ini dikenali sebagai "Gerai Along" dimana ianya terletak bersebelah pondok perhentian bas. Boleh dikatakan setiap pagi dengar Along menjerit karipap panas. Harganya murah mengikut tahap kemampuan pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah. Terdapat banyak kuih muih yang dijual dan jangan lupa nasi lemaknya. 

Nasi lemak rasa macam biasa sebab nasi dia kalau korang rasa memang rasa nasi tanpa santan dan daun pandan. Tapi yang padu eh Sambal nasi lemak dia. Harganya pun masih kekal 50 sen . Weyyy mana nak dapat harga sebungkus 50 sen. Tapi kitorang selalu makan sampai 1-2 ringgit. 2 bungkus pon dah okay. Sambal dia letak bawang dan itulah menyebabkan sambalnya rasa manis.

Klau ikutkan Along tiada dalam gambar, beliau seorang lelaki yang berbadan besar dan mempunyai van tersendri. Kata cikgu sekolah menengah Along tu dah meniaga semasa cikgu belajar di sekolah rendah. Tak sangka, Perniaga itu masih terus kekal walaupun tiada persaing harganya tetap rendah ditawarkan. Terima Kasih AlongπŸ˜‰

Ustad Zaki Perform


 Kelas pendidikan Islam yang dibawa oleh Ustad Zaki pada sem 1 adalah sangat menarik bagi kami. Ustad lebih menceritakan kisah pengalaman dia sebagai pensyarah di matrik sewaktu kelasnya. Kisah yang selalu diceritakan oleh kami adalah kisah seorang pelajar Sabah yang ingin murtad. Tapi Alhamdulillah, dengan cara dan pujukan ustad yang efektif telah mengubah hati pelajar tersebut.

Seterusnya, Ustad telah mengajar kami memahami maksud surah-surah yang dibaca semasa solat , Membaca dengan sebutan yang betul dan sebagainya. Apa yang menariknya lagi, Ustad sentiasa buat jenaka yang hanya lelaki sahaja faham hahaha. Cara penyampaian beliau juga amat menarik sehingga kami tidak rasa mengantuk. Garang ? tegas? beliau lebih kepada perli seseorang dan bagi ayat2 yang mendalam. wuuu cuak sebenarnya hahaha.

Akhir sekali, perkara yang paling menyedihkan adalah kami hanya dapat menuntut ilmu dengan beliau pada sem 1 sahaja. Perasaan sedih tiba-tiba datang, rasa pelik gak mula-mula hahaha. Pada masa yang sama, kami perasan juga muka ustad berubah dan seakan akan sedih dengan kami. Walaupun akan jumpa setiap kali di pejabat πŸ˜‚. Kami mungucapkan terima kasih ustad kerana telah mengubah hidup kami sebagai seorang yang berguna.

Cara Menjadi Pekerja Berkualiti

CARA MENJADI PEKERJA BERKUALITI


Kenapa saya bagi tips menjadi pekerja terbaik ? Zaman sekarang belajar tinggi-tinggi pun masih tiada pekerjaan. Hal ini kerana kebanyakkan pekerjaan akan lihat pengalaman seseorang itu dalam alam pekerjaan. Kadang-kadang yang kerja ni pun senang sangat kena pecat. Disiplin masa bekerja pun kena jaga juga. Senang kata alam pekerjaan ni bukanlah mudah. Banyak halangan yang kita akan hadapi. Baiklah, saya nak kongsi sedikit agar anda dapat kekal dalam alam pekerjaan. 


1. Bantu Ketua Anda.

Kedengaran seperti mudah bukan ? tetapi perkara inilah pekerja lain malas nak buat. Pekerja haruslah peka terhadap kekuatan dan kelemahan dalam syarikat atau kedai. Contohnya, ketua kita mengalami kelemahan pada bidang komputer dan ia memerlukan sesorang yang mahir. Maka, anda perlulah tingkatkan kemahiran dalam bidang yang diperlukan. Bukan sahaja untuk ketua anda, malah pada diri sendiri juga. Ketua akan  lebih minat pada pekerjanya yang mempunyai kebolehan dalam semua perkara. Hal ini membolehkan nama anda naik dengan baik dan dapat menjadi contoh kepada pekerja lain.

2. Tepati Masa

Tepati masa adalah cara yang terbaik dimana orang akan pandang kita dengan hebat. Mudah sahaja datang awal kerja. Walaupun gaji dikira sama pada jam yang ditetapkan, Anda perlu paksa diri untuk datang awal juga kerana ia adalah salah satu cara mendisplinkan diri. Biasakan datang awal agar kita rasa bersalah jika lewat datang.

3. Menghormati Pekerja lain

Biasalah dalam alam pekerjaan mesti ada pekerja yang kita kurang suka dan kemungkinan besar pekerja lain tak  minat dengan kita. Sebelum nak buat orang hormat kita, kita perlulah hormat mereka. Ramai juga bagi alasan pekerja ramai tak hormat dia walaupun dia selalu hormat orang. Biasalah tu , tapi selalunya pekerja camtu takkan lama hahaha. hormat je mereka, ikut mana yang baik, tegur dengan baik jika ada cara yang kurang betul. Hormati orang lain adalah satu cara dapat meringankan beban kita di alam pekerjaan.

Thursday, 13 December 2018

Playstation or Xbox?

Playstion atau Xbox
Pertama sekali , Aku nak kenalkan barangan ini kepada mereka yang masih tak knal lagi apakah ini. Baiklah, Kedua-dua barangan ini mempunyai Fungsi yang sama. Yang berlainannya adalah pengeluar dan keselesaan pengunaannya . Permaianan vdeo ni amatlah digemari oleh kaum lelaki, malah perempuan pun ada juga tapi tak ramai. Berhati hati , benda ni boleh membuat anda ketagih dengan dia. Ni juga boleh dijadikan hadiah kepada teman lelaki atau suami anda. Serius, memang dia sayangkan anda, bg pihak wanita lah.



Playstation ini adalah console yang pertama dikeluarkan oleh Sony Entertainment . keluaran pertama adalah Playstation 1 dimana bentuknya sangat classic. susah juga nak jumpa PS1 buat masa ni sebab baru2 ni keluaran terbaru Sony adalah Playstation Classic di mana saiznya lebih kecil.

 Haaa Bagi sayalah, saya lebih suka Playstation kerana harga console dia lebih murah berbanding xbox. Tetapi harga CD lebih mahal berbanding Xbox. Sony adalah keluaran yang saya percayai dari dulu lagi. controller  dia pun ringan. Pasal graphics semua,  kne buat compression. bandingkan Ps3 dengan xbox360, ps gambar dia nampak gelap sedikit. gambar dia mcm lembut sikit.




Xbox ini juga adalah keluaran dari Microsoft. menariknya dia klau kita buat acc Xbox ni, dia ada avatar kita sendiri. Controller dia agak gemuk, berat tu x lah smpai lenguh tangan. ikut juga kelesaan tangan korang. Xbox tak banyak sangat keluaran dia. Tapi yang latest ni Xbox One persaing yang tinggi dengan ps4. Ramai juga buat perbandingan harga, graphic dan semuanya. lain orang lain minat diaa. 

Wednesday, 12 December 2018

Fitik itu Hebat



Pastinya ramai yang akan tertanya-tanya maksud bagi istilah "fitik" apabila terdengar perkataan ini. Baiklah disini saya akan menerangkan serba sedikit maksud dan makna perkataan tersebut. Perkataan ini saya sering dengar di latihan PALAPES. 

  Fitik ni lebih kepada aktiviti yang tolong menolong. contohnya, fitik dapur bermaksud kita akan menjadi orang yang akan bertugas di dapur seperti memasak, tolong sana tolong sini dan sebagainya. Fitik ni seronok sebenarnya. Lagi2 secara beramai ramai. Saya pernah fitik di dapur bersama rakan saya. Senorok juga masa kita melakukan sesuatu perkara bersama. Perkara yang berat pon boleh jadi ringan.

Fitik memang jarang anda dengar, lagi2 didunia luar selain dari dunia tentera. jika ada sebarang pertanyaan , tanya jaa. saya sedia membantu.

Tips Menjaga laptop dengan baik

  Assalamualaikum dan selamat petang guys, Sebelum saya ceritakan tentang penjagaan laptop, saya nak cerita sedikit tentang laptop yang saya nak masa awal-awal masuk U. Baiklah, Laptop kat atas ni adalah Lenovo Legion Y520. Ianya adalah laptop khas untuk gaming dan mendapat tempat teratas dalam kategori laptop yang mempunyai harga terendah. Nak cerita lebih lanjut pon tak boleh sangat sebab diri sendiri pon tak mampu beli lagi. Laptop yang aku guna ni pon parents yang bagi pinjam.

okay, Kenapa cari blog ni ? baru beli laptop ke ? takut lag? takut cepat panas ? terpadapam ? rasa macam nak beli baru jee lagi. Jangan terburu buru. simpan duit tu, insyaAllah, aku boleh tolong selesaikan


TIPS MENJAGA LAPTOP DENGAN BAIK

1. KAWAL SUHU LAPTOP ANDA

  • Laptop ni bergantung juga. Ada yang boleh tahan lama, ada yang cepat panas. Yang steady tu sebab laptop dia ade kipas khas dalam dia. klau ikutkan semua ada. Cuma kipas dorang tu semua ada limit dia. Perkara paling pantang, jangan gunakan atas katil, batal dan tempat2 yang boleh menghalang haba keluar. Selain itu, jangan biarkan ia terdedah pada cahaya matahari atau tempat2 yang membolehkan laptop anda panas. Perkara ini membolehkan kompenen di dalam laptop mudah rosak. So, belilah kipas laptop untuk mengurangkan panas laptop tu. Tapi bukan bermaksud boleh guna lagi lama. Gunalah berpada pada bro.
2. BERHENTI MENGGUNA JIKA WAKTU PETIR
  • Waktu ni selalunya memang tak boleh guna, lagi2 yang guna sambil cas. Perkara ini menyebabkan arus elektrik bervoltan tinggi mengalir terus ke laptop anda. Time ni dah boleh kumpul duit perlahan2 beli laptop baru dengan bayar bil hospital. Parents selalu marah klau korang guna time ni. Serius memang bahaya even tak guna sambil cas.
3. JANGAN TINDIH SEBARANGAN ATAS LAPTOP
  • Tak kisah la kau dendam ke apa ke dengan laptop kau, yang penting yang tindihkan dia. Dulu laptop aku ditindihkan dengan buku teks je. alaa tak berat mana pun. Guna laptop semua okay je.. tapi bila dah lama lama. kau akan nampak kesan dia kat screen nanti. Nanti keluarlah line pelik dekat screen kau. Nak sembang pasal repair ? pergh. simpanlah duit tu beli benda lain. So, badan laptop ni ade jenis keras la lembut laa. tak kisahlah, yang penting jangan tindih sebarangan.
4. JANGAN MINUM ATAU MAKAN BEHAMPIRAN  LAPTOP
  • Layan movie mesti nak makan minum an ? boleh tu boleh. Tapi laptop kena letak jauhlah. Laptop adalah barang elektronik yang sensetive pada air. Yang mana waterproof tu pon kena jaga juga. Mana tau masuk celah lubang ke. Selalunya waterproof ni bahagian keyboard je. Tapi kau nak ke lapop kau ade kesan sambal ayam ?


Tuesday, 11 December 2018

Ulu bendul bersama Squad


Assalamualikum Semua.

Pada hujung minggu, rakan saya dari skuad palapes telah mengajak saya pergi mandi manda di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Pada pagi sabtu, mereka telah menjemput saya dihadapan perhentian bas Kolej Aminuddin Baki. Pada awalnya macam tak percaya yang diorang nak mandi manda di Ulu Bendul kerana kawasan mandi tu terletak di Pilah, Negeri Sembilan. Jauh la juga perjalanan dia. So, lepas ambil saya, kitorang pergi jemput lagi seorang rakan sepejuang, iaitu ketua fitik hahaha. Punya lama kitorang tunggu sampai tak sedar yang phone dia tengah cas. Owner eh puas tunggu kita kat depan bangunan kolej dia. 

Kemudian, siap semua dah berkumpul kat kereta lalu kami pun meneruskan perjalanan dari UKM ke Negeri Sembilan. Masa tu klau ikutkan lama, tapi kitorang enjoy sembang sana sini sehingga merasakan masa tu berlalu dengan pantas. Sampai sahaja di sana, Cik kami dah tunggu lama, Ouh shit.. hahahaha silap kitorang juga sebab bertolak lambat dari UKM. Dalam masa yang sama juga kitorang pergi dengan mengikut jalan yang jauh. So, sampai sahaja di Ulu bendul, Kami mula menghidupkan api arang dan teruskan membakar ayam. Cik datang bersama keluarganya dan mereka datang dari PD. Suasana amatlah segar di waktu pagi. Tapi kitorang lewat sikit dah ramai orang kat sana. 

Tanpa melenggahkan masa, saya dan 2 rakan saya bercadang untuk mandi di kawasan atas. Sebelum ni saya pernah pergi ke kawasan atas. kawasan mandi disana agak dalam paras dada masa tu. Sampai sahaja di atas, kawasan yang aku sangkakan dalam sudah tiada lagi. Kedalamannya paras buku lali sahaja. Hal ini kerana pasir dari tepi sungai telah turun dan memenuhi kawasan itu. Takpa, kami terus turun mengikut sungai sehinggalah di tempat kami berkelah tadi. Sampai-sampai sahaja kami diperlawa makan. Perut masa tu pun dah lapar sebab sebelum pergi memang kitorang belum sarapan lagi. 

Akhir sekali semua seronok mandi manda sehinggalah awan gelap kami tak sedar. Dah hujan dan siren berbunyi memberi amaran untuk naik ke darat. Kami terus bekumpul di kereta, tetapi masih ada lagi makanan yang banyak. Lalu kami menghabiskan makanan di tepi tasik. Pada masa tu hujan dah tak lebat sangat. Kebetulan, Nampak Labi kat dalam tasik tu. Wuu kecil sahaja. Rasa macam nak ambil. Selesai sahaja makan, kami pun terus perjalan pulang ke UKM. perasaan sedih macam tak dapat jumpa lagi pon ada hahahaha.


Sunday, 9 December 2018

Fester KAB


Fester adalah hari yang ditunggu tunggu oleh setiap pelajar untuk menyaksikan setiap kolej membuat lakonan yang dihasilkan oleh mereka sendiri. Lakonan yang mereka buat ni adalah cerita yang mereka mereka sendiri. Bukan senang buat cerita ni wey. Buat karangan pon tersekat idea hahaha. Harga ticket untuk satu persembahan dari satu kolej adalah RM5 dan jika lihat kesemuanya adalah RM50 ringgit. Aku beli satu ticket sahaja , tu pun sebab support kolej sendiri. Dengar khabar, ramai yang mengatakan kolej aminnuddin ramai mendapat sambutan tiket berbanding kolej lain.

Tibanya hari kejadian, aku mula bertolak dari kolej tepat pukul 8 kerana persembahan itu bermula 8 malam. Jarak perjalan kami tak la jauh sangat dari KAB sampai Panggung seni. Sebelum tu aku singgah Bmart, beli popcorn ke apa yang patut untuk bawa masuk sana nanti. Sampai sahaja disana , ramai juga yang beratur dari luar. Punyalah lama kitorang tunggu sampai la sampai ke barisan hadapan.

Masuk-masuk je semua dah gelap. Rupanya kitorang dah lewat 15 minit. Datang terus layan persembahan dorang. Sambil tu layan ngn popcorn, serius manis haih hahaha. Masa tengk tu ada juga macam kesilapan diorang dari segi teknikal dimana lampu tak jaga dengan betul. Tapi at the end, menarik jugaa. Sampai aku makan popcorn dengan perlahan lahan. Dah habis tu, seronok gak tengok dorang enjoy senyum sana sini.

Saturday, 8 December 2018

Masih dengan Matrik ?


Lepas tamat pengajian di matrikulasi , aku teruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Okay, kehidupan kat sini xdelah pack sangat macam matrik dulu. Dulu dapat keluar hujung minggu je, itu pun ade limit dia. sekarang masuk U dah tak, sini dah bebas sikit. Dulu, masa sebelum masuk U , ade la juga bincang nk buat reunion dengan dorang semua ni. Tapi rezeki masing2 jauh, U yang dorang dapat jauh2. ade yang dpt dekat tapi sibuk pula. Takpolah, mana yang dapat tu dapatlah πŸ˜….

Tengah sedap-sedap lepak kat bilik, tetibe sorang member dari matrik ni whatsapp aku ajak pergi kenduri abang dia katanya. Kebetulan tarikh yang dia bagi tu aku free. So, ajak la mana yang free masa tuu. Location dia dekat ngn stadium paroi , apa nama dia pun aku dah lupa hahahaha.
last2 yang dapat pergi 4 orang sahaja termasuk aku. 

Kitorang gerak naik kereta sewa woo. Nampak betul semangat dia nk reunion tuu. Yang nak sangat ni budak perempuan senanya, katanya dah lama tak dengar kelakar kitorang . Ecehh. Sampai je, gelak2 sikit pastu makan. Benda yang aku pandang pertama sekali masa kenduri orang adalah makanan dorang, hahaha. Best makanan dorang, standard je makanan dia cuma ade pelbagai. Settle makan, semua gelak nguntuk semua adaa laa hahahaha. Pastu tangkap gambar ramai2. Kenapa aku berdua ? awek ke ? hahaha bukan. Susah klau kau jadi aku, jodoh masa habis U nnt baru datang hahaha. 

Tu member perempuan  yang nampak sungguh2 nak belajar dari aku masa matrik dulu. Aku rajin tolong dia pun sebab aku teringat member sekolah menengah dulu, dulu aku xdpt tolong member aku sampai dia x dpt join kelas sama ngan aku. masa tu pun last minit dia mintak ajar dari aku. Nampak juga semangat nak belajar dia tu ikhlas..

Lepas habis semua , kitorang pun balik cam biasa. Maaflah Ending Reunion tak seperti korang jangkakan hahahah. Member muka ketat tu sebab balik memang dia tanak drive. Aku ? xdee lesenn hahahaha.

Friday, 7 December 2018

Favorite Things


Senjata , tak kisah apa jenis dia pun aku memang minat dari dulu. Mungkin banyak sangat tengk movie , pastu berangan tinggi sangat hahaha. Dapat juga merasa pegang senjata yang sebenar dekat Palapes ni, selalunya pegang yang plastic punya tu. Lepas dapat menembak , sebenarnya tak begitu mudah seperti yang kita sangkakan. Dengan gegaran, bunyi letupan dia , pastu kuat senjata tendang ke bahu kita, tak seperti kita main paint ball tuu hahaha.

Rupa-rupanya ada bahagian paling susah  iaitu bahagian nak cuci senjata. Pergh, Kebersihan dia kena no.1 klau tak , Kemungkinan senjata boleh rosak. Tapi aku okay je , klau kau dah minat dengan sesuatu tu , nescayalah. Semua benda yang kau buat mesti ikhlas. So, kenalah ikhlas dalam setiap kerja yang kita lakukan tu.

Monday, 3 December 2018

Flashmob di Bangi Gateway


Assalamualikum guys , apa yang menarik disini adalah kami satu kuliah melakukan Flashmob di kawasan terbuka Bangi Gateway. Kelas ini dibawa oleh Dr. Adnan dan kami diberi tugasan terakhir iaitu tugasan kuliah dimana semua pelajar perlu buat Flashmob atau Kertas kerja Interview orang usahawan yang berjaya setiap seorang. Maka kami telah berbincang untuk memilih tugasan flashmob.

Pada mulanya memang susah untuk membahagikan masa untuk melakukan latihan Flashmob ni. Maka, kami pon tunda sehinggalah betul2 jumpa ada waktu yang sesuai. Sebelum nak tunjuk kat Dr, kitorang kena berlatih bersungguh sungguh. Tapi masalahnya kitorang hanya berlatih dua kali sahaja. So, hari yang kita perlu tunjukkn dekat Dr. telah tiba dan flashmob yang kitorang lakukan tu tak begitu menarik dan Dr masih tidak puas hati.

Maka, kami buat latiahan pada 3 malam bagi memperkukuhkan Flashmob kami. Ada yang dapat hadir, ada yang tak dapat. Tapi Alhamdulillah, Malam tu kitorang dapat selesaikan dengan sempurna. Sehinggalah tiba hari kejadian, kami buat dengan andaian ramai orang yang akan pandang. Kami mulakan tarikan dengan buat sedikit lakonan dimana seorang lelaki merana kesedihan di tengah kawasan lapang. Kemudian kitorang terus masuk dan buat tarian dengan lagu yang kuat. Wah, ramai juga terpaku hahaha.


 Selesai sahaja, kitorang terus mulakan sesi bergambar. Disini jugalah kami saling mengenali dengan lebih rapat.

Sunday, 2 December 2018

Dunia Palapes


Terlebih dahulu , saya nak ucapkan terima kasih pada lecture saya kerana sudi mengajar saya cara membuat Canva. Ada pelbagai bentuk menarik lagi sebenarnya. Baiklah, tamatlah  segala jenis latihan palapes pada sem 1 ini. Latihan terakhir adalah latihan tempatan di mana latihan hanya dilakukan di sekitar kawasan ukm sahaja. Mula-mula fikir masuk palapes ni kawad je , pastu kne latihan yang teruk-teruk. Sebenarnya tak pun, kitorang belajar semuanya. Belajar cara nak hidup di dunia luar sebenarnya. Gambar yang korang nampak di atas dan di bawah ni adalah latihan membaca kompas di kawasan tertinggi di UKM. Senorok dia tak tau nak cerita camna.



InsyaAllah, tahun 2019 ni kitorang masuk hutan dan teroka hutan dengan penuh semangat. dengar kata pelbagai cabaran yang menanti . wuuuuu.

Saturday, 1 December 2018

Asean Art ukm


Assalamulaikum Guys, harini nak cerita pengalaman aku pergi ke konsert Asean Art sedikit. Dalam masa yang sama, ini adalah kali pertama aku masuk ke Panggung Dectar. Luas dan lawa tempat dia, serius luar biasa rasa dia. Ticket ni pun aku dapat last minit sebab ade orang dapat extra dan katanya dapat lebih sebab semua ahli peserta memang akan dapat free ticket. Harga yang merima tawarkan kat aku sama juga harga di pasaran iaitu RM 5 sahaja. Rasa seronok pun ada sebab sebelum ni tak pernah masuk dalam dewan tu. Dan di sana juga tempat kami grad dan convo.


Sampai sahaja di sana, kitorang pilih tempat yang paling tinggi sebab pemandangan dari atas lebih menarik. Lighting dia serius memang lawa. Selalunya benda-benda camni tengok dalam tv je. Tapi kali ni kitorang tengok live. btw mata kamera ngn mata kita jauh beza sikit. Muka dorang semua nampak dari atas, jelas sangat. Mula je persembahan , semua wakil dari negara diorang buat persembahan. Persembahan bukan biasa biasa beb. Terpegun la dibuatnya. Sejujurnya aku memang suka tengok orang menari tapi diri sendiri tanak menari hahahaha.


Paling menarik adalah persembahan dari Korea di mana semua perempuan jerit sampain aku tak faham apa motif dorang hahaha. Korea ni dorang menari lain sikit sebab dorang tak buat mcm tradisonal. Diorang menari sama dengan kumpulan Kpop yang korang tengok kat Kaca tv selalu. Dan terakhir sekali, Persembahan dari Malaysia dan tarian yang dibawa adalah dari negeri Sarawak. Menarik weyyy.



Kerja UITM Rembau