First of all , motor ini adalah kepunyaan ayah saudara aku iaitu motor ni hanya bawa pergi balik ke masjid atau surau sahaja. Kemudian, nenek aku membelinya bagi memudahkan perjalanan aku ke sekolah. Alhamdulillah, dengan adanya motor ni perjalanan aku lebih mudah. Setakat ni ada juga masalah-masalah kecil, tapi okay jee. Sebab benda boleh settle. Oh lupa, asal usul motor ni Batu Pahat iatu di Johor. Mula-mula terfikir nak bawa perlahan-lahan sampai Rembau Negeri Sembilan , tapi rasa-rasa macam boleh patah pinggang😂. so, nak tak nak, kenalah guna perkhidmatan post lajuu.
DX90 setelah beberapa minggu merasa barulah kenal dia ni macam mana. motor demak ni keluaran Malaysia tapi dia buat bentuk macam Honda bulat. Ramai juga yang anggap motor ni adalah Honda bulat. Baiklah, jika nak tahu. honda bulat ni ketinggian dia adalah lebih rendah dari motor biru aku ni. bentuk yang Honda tu pun lebih classic. Kelajuan paling tinggi pernah tarik 80 km/j walaupun meter tunjuk 120km hahahaha. Ringan je motor ni , rasa macam basikal pon ada, bawa dalam 60km/j pun ade rasa gegar sikit. btw nk buat apa bawa laju-laju motor ni ? motor ni steady je bawa slow😎. klau bawa laju rasa mcm basikal nak melayang.
Mula-mula nak bawa ke sekolah tu rasa malu pon ada, yela member semua motor garang2. aku je motor comel bulat. lepas basuh jee , barulah nampak lawa dia dan baru lah semangat nak bawaaa hahaha. Semangat bawa motor kali pertama ke sekolah ni lain macam sikit, sampai spek mata yang dah pakai pon aku masih cari juga cermin mata hahaha.
Setakat ni motor ni xde buat masalah ngan aku , klau ade pon masalah kecil je dan datangnya masalah tu bukan waktu kecemasan aku. Alhamdulillah mudah juga perjalan aku nak pergi mana-mana. Tapi ingat nak pergi mana-mana kna minta izin kat ibubapa. klau xdpt , xdptlah. jangan nak meroyan pastu lari naik motor, haa insyaAllah juga motor tu tak izin kau naik dia hahaha.