Sunday, 16 December 2018

Kerja UITM Rembau


Asslamualaikum guys, rasanya macam banyak perkara pula yang aku post bulan ni hahaha. Baiklah kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku kerja di UITM Rembau. First off all aku nak bgtau, Uitm ni yang terbaru, bangunan , kemudahan dia semuanya baharu. Pelajar kat sini pun semua baru masuk. kebetulan adalah yang lawa dan hensem sikit hahahaha. Aku kerja di Medan Selera dan dibahagian minuman.

Pada mulanya kerja di sini , memang dia memerlukan 2 orang yang mahir dalam membuat air. kami bertiga (yang lelaki sahaja) memang dah lama tak buat air sendiri pun diajar cara yang betul membacuh air. Perempuan tu pula kawan sekolah menengah kami dan mereka juga adalah pekerja yang lebih lama di sini. Tak adalah lama sangat, cuma masuk awal daripada kitorang je. Aku ? sebagai cashier iaitu juruwang di kedai itu. Kenapa aku dipilih jadi cashier ? sebab aku pelajar akauntan dan mereka menganggap aku mahir dalam pengiraan akauntan. Sebenarnya takk hahaha. 


 Tapi dah lama kemudian aku pun diajar cara membancuh air dengan sempurna. Rasa menarik juga apabila ada kemahiran dalam membuat air. Waktu kerja aku 8 jam, Ada shiff pagi dan malam. Pergi ulang alik selalunya berdua. Sepatutnya bertiga, tapi sorang tu rumah dia dekat je kat uitm tu. Seronok juga setiap malam habis kerja pukul 11, tapi sampai rumah dalam pukul 12-1 pagi. Seram ? klau kau gerak sorang2 lah. Nasib tak tersempak apa2. Cumaa..

Ada satu malam tu kitorang habis lewat sikit, hampir pukul 12 kitorang habiskan kerja. So, balik macam biasa. Yang tak biasanya tetiba jalan yang biasa kitorang gunakan tu berkabus. Nak kata sejuk, tak juga. Kabus dia lain macam sebab ianya berlaku hanya setempat sahaja. Maksudnya laluan tu je berkabus. Kitorang teruskan perjalan dengan hati yang penuh keinsafan ahahah. Rasa sangat perlahan kat dalam tu, sebab tebal kabus tu x boleh bawa bincang. Kitorang terpaksa perlahan.
Dah sampai hujung, Alhmdulillah kitorang terkeluar juga dari kawasan situ.

Klau ikutkan, banyak juga kisah seram yang kitorang lalui. Tapi takpalah, yang penting kita cari rezeki yang halal.

Saturday, 15 December 2018

Best Game Since secondary school


DUST 514 


Permainan Video ini hanya dikeluarkan di Plasytation 3 dan boleh didapati di Playstion Store. Perkara yang menarik adalah permainan ini adalah First Person Shooter (FPS) dan boleh muat turun secara percuma. Permainan ini juga adalah pada atas talian dimana kita bermain bersama rakan-rakan secara langsung. Maksud DUST514 ? aku sendiri pon tak tahu hahaha. Tapi 514 sesetengah orang mengatakan ia adalah tarikh permainan ini adalah di keluarkan iaitu pada 14 Mei. Tapi saat yang menyedihkan adalah Permainan ini telah tutup buat selamanya. Sedih la juga rasa dia. Kenapa aku sedih ? ini sebab dia..




Dust514 adalah permainan video yang aku setia main bermula aku sekolah menengah tingkatan 2 sehinggalah tingkatan 5. Sebab masa tu game ni mula tutup. Bukan biasa2 game ni. Dia boleh menyebabkan kau ketagih dan tak kira waktu kau. Perkara menarik adalah kita sendiri yang mencipta sendiri orang dan kenderaannya. Permainan ini pada awalnya susah nak memahami kerana banyak perkara yang perlu faham. serius , ketagih dia tu tak pernah bosan sehingga aku sanggup hadap ni bertahun. Slalunya game download pastu main sekejap then unistall semula. Permainan ni juga cara aku bertutur dengan  orang luar. Mula2 memang tak fasih, Tapi dah lama-lama biasa juga. Klau tak keberatan lihatlah vdeo ni. Tapi tulah , tengok je la. Nak download dah tak dapat hahaha. https://www.youtube.com/watch?v=n_LlH2c5dyA


Karipap Panas ~


Setiap Hari Sekolah mesti dengar KARIPAP PANAS KARIPAP PANAAAASSSS


Gerai ini dikenali sebagai "Gerai Along" dimana ianya terletak bersebelah pondok perhentian bas. Boleh dikatakan setiap pagi dengar Along menjerit karipap panas. Harganya murah mengikut tahap kemampuan pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah. Terdapat banyak kuih muih yang dijual dan jangan lupa nasi lemaknya. 

Nasi lemak rasa macam biasa sebab nasi dia kalau korang rasa memang rasa nasi tanpa santan dan daun pandan. Tapi yang padu eh Sambal nasi lemak dia. Harganya pun masih kekal 50 sen . Weyyy mana nak dapat harga sebungkus 50 sen. Tapi kitorang selalu makan sampai 1-2 ringgit. 2 bungkus pon dah okay. Sambal dia letak bawang dan itulah menyebabkan sambalnya rasa manis.

Klau ikutkan Along tiada dalam gambar, beliau seorang lelaki yang berbadan besar dan mempunyai van tersendri. Kata cikgu sekolah menengah Along tu dah meniaga semasa cikgu belajar di sekolah rendah. Tak sangka, Perniaga itu masih terus kekal walaupun tiada persaing harganya tetap rendah ditawarkan. Terima Kasih Along๐Ÿ˜‰

Ustad Zaki Perform


 Kelas pendidikan Islam yang dibawa oleh Ustad Zaki pada sem 1 adalah sangat menarik bagi kami. Ustad lebih menceritakan kisah pengalaman dia sebagai pensyarah di matrik sewaktu kelasnya. Kisah yang selalu diceritakan oleh kami adalah kisah seorang pelajar Sabah yang ingin murtad. Tapi Alhamdulillah, dengan cara dan pujukan ustad yang efektif telah mengubah hati pelajar tersebut.

Seterusnya, Ustad telah mengajar kami memahami maksud surah-surah yang dibaca semasa solat , Membaca dengan sebutan yang betul dan sebagainya. Apa yang menariknya lagi, Ustad sentiasa buat jenaka yang hanya lelaki sahaja faham hahaha. Cara penyampaian beliau juga amat menarik sehingga kami tidak rasa mengantuk. Garang ? tegas? beliau lebih kepada perli seseorang dan bagi ayat2 yang mendalam. wuuu cuak sebenarnya hahaha.

Akhir sekali, perkara yang paling menyedihkan adalah kami hanya dapat menuntut ilmu dengan beliau pada sem 1 sahaja. Perasaan sedih tiba-tiba datang, rasa pelik gak mula-mula hahaha. Pada masa yang sama, kami perasan juga muka ustad berubah dan seakan akan sedih dengan kami. Walaupun akan jumpa setiap kali di pejabat ๐Ÿ˜‚. Kami mungucapkan terima kasih ustad kerana telah mengubah hidup kami sebagai seorang yang berguna.

Cara Menjadi Pekerja Berkualiti

CARA MENJADI PEKERJA BERKUALITI


Kenapa saya bagi tips menjadi pekerja terbaik ? Zaman sekarang belajar tinggi-tinggi pun masih tiada pekerjaan. Hal ini kerana kebanyakkan pekerjaan akan lihat pengalaman seseorang itu dalam alam pekerjaan. Kadang-kadang yang kerja ni pun senang sangat kena pecat. Disiplin masa bekerja pun kena jaga juga. Senang kata alam pekerjaan ni bukanlah mudah. Banyak halangan yang kita akan hadapi. Baiklah, saya nak kongsi sedikit agar anda dapat kekal dalam alam pekerjaan. 


1. Bantu Ketua Anda.

Kedengaran seperti mudah bukan ? tetapi perkara inilah pekerja lain malas nak buat. Pekerja haruslah peka terhadap kekuatan dan kelemahan dalam syarikat atau kedai. Contohnya, ketua kita mengalami kelemahan pada bidang komputer dan ia memerlukan sesorang yang mahir. Maka, anda perlulah tingkatkan kemahiran dalam bidang yang diperlukan. Bukan sahaja untuk ketua anda, malah pada diri sendiri juga. Ketua akan  lebih minat pada pekerjanya yang mempunyai kebolehan dalam semua perkara. Hal ini membolehkan nama anda naik dengan baik dan dapat menjadi contoh kepada pekerja lain.

2. Tepati Masa

Tepati masa adalah cara yang terbaik dimana orang akan pandang kita dengan hebat. Mudah sahaja datang awal kerja. Walaupun gaji dikira sama pada jam yang ditetapkan, Anda perlu paksa diri untuk datang awal juga kerana ia adalah salah satu cara mendisplinkan diri. Biasakan datang awal agar kita rasa bersalah jika lewat datang.

3. Menghormati Pekerja lain

Biasalah dalam alam pekerjaan mesti ada pekerja yang kita kurang suka dan kemungkinan besar pekerja lain tak  minat dengan kita. Sebelum nak buat orang hormat kita, kita perlulah hormat mereka. Ramai juga bagi alasan pekerja ramai tak hormat dia walaupun dia selalu hormat orang. Biasalah tu , tapi selalunya pekerja camtu takkan lama hahaha. hormat je mereka, ikut mana yang baik, tegur dengan baik jika ada cara yang kurang betul. Hormati orang lain adalah satu cara dapat meringankan beban kita di alam pekerjaan.

Thursday, 13 December 2018

Playstation or Xbox?

Playstion atau Xbox
Pertama sekali , Aku nak kenalkan barangan ini kepada mereka yang masih tak knal lagi apakah ini. Baiklah, Kedua-dua barangan ini mempunyai Fungsi yang sama. Yang berlainannya adalah pengeluar dan keselesaan pengunaannya . Permaianan vdeo ni amatlah digemari oleh kaum lelaki, malah perempuan pun ada juga tapi tak ramai. Berhati hati , benda ni boleh membuat anda ketagih dengan dia. Ni juga boleh dijadikan hadiah kepada teman lelaki atau suami anda. Serius, memang dia sayangkan anda, bg pihak wanita lah.



Playstation ini adalah console yang pertama dikeluarkan oleh Sony Entertainment . keluaran pertama adalah Playstation 1 dimana bentuknya sangat classic. susah juga nak jumpa PS1 buat masa ni sebab baru2 ni keluaran terbaru Sony adalah Playstation Classic di mana saiznya lebih kecil.

 Haaa Bagi sayalah, saya lebih suka Playstation kerana harga console dia lebih murah berbanding xbox. Tetapi harga CD lebih mahal berbanding Xbox. Sony adalah keluaran yang saya percayai dari dulu lagi. controller  dia pun ringan. Pasal graphics semua,  kne buat compression. bandingkan Ps3 dengan xbox360, ps gambar dia nampak gelap sedikit. gambar dia mcm lembut sikit.




Xbox ini juga adalah keluaran dari Microsoft. menariknya dia klau kita buat acc Xbox ni, dia ada avatar kita sendiri. Controller dia agak gemuk, berat tu x lah smpai lenguh tangan. ikut juga kelesaan tangan korang. Xbox tak banyak sangat keluaran dia. Tapi yang latest ni Xbox One persaing yang tinggi dengan ps4. Ramai juga buat perbandingan harga, graphic dan semuanya. lain orang lain minat diaa. 

Wednesday, 12 December 2018

Fitik itu Hebat



Pastinya ramai yang akan tertanya-tanya maksud bagi istilah "fitik" apabila terdengar perkataan ini. Baiklah disini saya akan menerangkan serba sedikit maksud dan makna perkataan tersebut. Perkataan ini saya sering dengar di latihan PALAPES. 

  Fitik ni lebih kepada aktiviti yang tolong menolong. contohnya, fitik dapur bermaksud kita akan menjadi orang yang akan bertugas di dapur seperti memasak, tolong sana tolong sini dan sebagainya. Fitik ni seronok sebenarnya. Lagi2 secara beramai ramai. Saya pernah fitik di dapur bersama rakan saya. Senorok juga masa kita melakukan sesuatu perkara bersama. Perkara yang berat pon boleh jadi ringan.

Fitik memang jarang anda dengar, lagi2 didunia luar selain dari dunia tentera. jika ada sebarang pertanyaan , tanya jaa. saya sedia membantu.

Kerja UITM Rembau