Monday, 1 October 2018

Tawaran ke UKM


            Alhamdulillah, pada awalnya tak sangka juga dapat tawaran sambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Perasaan gembira dia tu sampai tak terkata wey. so,  sebelum memasuki ke UKM mesti ada tapisan dia iaitu temuduga. Temuduga yang dijalankan bukanlah secara individu,  malah berkumpulan. Tapi tengok intake juga,  sebab senior pun kata yang intake 18/19 ni berlainan dari yang lain. Topik yang diberikan takdelah susah sangat. lagi pun kalau temuduga secara berkumpulan, otak kita ni lagi senang menjana idea.  kadang -  kadang gugup la juga jantung ni sebab kurang yakin bila berhadapan dengan orang - orang ukm ni. But at the end semuanya okay je. so,  lepas 2 - 3 minggu camtu dpt keputusan yang mengatakan saya dapat melanjutkan pelajaran di UKM. Hati ini rasa syukur sangat sebab dapat pilihan yang pertama. sebelum menjadi warga ukm,  saya diberikan tugasan individu dimana semua pelajar baru perlu mengeluarkan video pengenalan diri dan bersama alumni UKM. Jujurlah, ini adalah kali pertama saya buat video sendiri. Banyaklah juga rakam lepastu tergelak sana sini , haihh. tapi Alhamdulillah, dapat juga selesaikan task yang diberikan oleh pihak UKM.

No comments:

Post a Comment

Kerja UITM Rembau